“Klu Ada Pnggil Saya Ali Hitam Dan Ejekan Tubuh, Saya Tak Teragak Ambil Tindakan Mhkamah.”- Ali


“Klu Ada Pnggil Saya Ali Hitam Dan Ejekan Tubuh, Saya Tak Teragak Ambil Tindakan Mhkamah.”- Ali

Saya dah lali dan tak kisah netizen nak cakap apa kerana mereka tidak menentukan keputusan mahkamah,” kata pelawak Ali Puteh mengenai kecaman berterusan yang dilemparkan kepadanya menerusi media sosial.

Ia berikutan laporan Harian Metro kelmarin mengenai kegembiraan Ali apabila perbicaraan kes saman terhadapnya sudah tamat selepas semua pihak tampil dengan keterangan masing-masing.

Ali, 32, berkata, netizen tiada hak untuk menentukan siapa betul dan siapa salah dan dia tidak perlu ambil kisah dengan mereka.

 

“Hanya mahkamah yang boleh tentukan keputusan. Ada juga netizen yang mengata macam-macam dekat Instagram, tapi saya jawab komen elok-elok kerana kita masih meraikan Syawal.

 

“Kalau mereka kata Nor Hidayah (kakak ipar) menang tak apalah. Saya tak nak cemarkan bulan Syawal ini dengan perbuatan yang kurang manis. Saya dah biasa dengan kejian orang. AlhamdulillaH

Alhamdulillah saya okay saja,” katanya kepada Harian Metro.

 

Bagaimanapun Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan mengambil tindakan terhadap netizen yang menghina fizikalnya secara keterlaluan.

 

“Kalau ada yang panggil saya dengan gelaran Ali Hitam dan bermain dengan body shaming (ejekan tubuh) agak melampau dan babitkan keluarga, saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan mahkamah. Negara kita ada undang-undang dan kalau mereka melampau sangat, perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Jangan pula kata saya asyik nak saman saja, sebaliknya mereka sendiri yang nak jumpa saya. Saya akan ‘print screen’ dan ambil tindakan,” katanya.

 

Ali berkata, dia sudah malas untuk bergaduh dengan mereka di media sosial kerana ia hanya membuang masa.

 

“Cara untuk ajar mereka ialah bawa ke mahkamah. Kalau sembang dalam media sosial takkan habis sampai bila-bila.

 

Kalau dia salah dan kena bayar denda contohnya RM500,000, barulah kesal dan nak minta maaf. Saya harap doakanlah yang baik-baik dan jangan memaki hamun kerana ini bulan Syawal. Kalau betul nak jumpa saya boleh datang mahkamah,” katanya.

 

Terdahulu, kemelut keluarga membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

 

Ia sudah didengar di hadapan Hakim menerusi prosedur yang berlangsung secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

 

Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada 27 Ogos tahun lalu.

 

Ibunya Sabariah Arshad adalah plaintif pertama diikuti bapa, Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua), kakaknya Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga) dan Ali (plaintif keempat).

 

Tindakan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap kakak iparnya yang terlebih dulu bertindak menyamannya dengan tuntutan mencecah RM900,000.

 

Pelawak Ali Puteh bersedia menghadapi sebarang kecaman daripada netizen selepas diperintahkan membayar ganti rugi am RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

 

Ali berkata, dia tiada masalah untuk berdepan dengan netizen yang akan menghentam atau mencemuhnya di laman sosial.

 

“Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kecaman. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena (hentam), kalah pun kita kena.

 

Jadi, saya tiada masalah dengan netizen sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi,” katanya.

 

Menurut Ali, dia tidak akan menggunakan platform media sosial untuk membuat sebarang luahan atau ketidakpuasan hati kerana bimbang akan mengganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

 

“Kalau saya kongsikan apa-apa lagi di media sosial, saya bimbang akan berlaku masalah di Mahkamah Tinggi.

 

“Tentang netizen, saya memang tak risau apa-apa pun,” katanya.

 

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat selepas keputusan kes saman fitnah diputuskan hakim, Zulqarnain Hassan semalam.

 

Pada Mei 2020, Hidayah, 30, memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram yang antara lain menggambarkan dirinya seorang tidak bertanggungjawab.

 

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

 

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

 

Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

 

Kredit: metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

Xoxo

LihatTutupKomentar